Pengarah

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Selamat Datang ke laman web Pusat Kaunseling, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia.

Kemunculan era globalisasi dan perkembangan ICT telah meningkatkan perkhidmatan dan pengolahan jaringan komunikasi di Pusat Kaunseling.

Laman web Pusat Kaunseling, yang kini berusia lima tahun sejak dilancarkan pada tahun 1998 telah memberi banyak manfaat dalam perkhidmatan kaunseling
kepada mahasiswa dan mahasisiwi khususnya melalui job Placement Online dan Consultation.

Di samping itu maklumat terkini mengenai bengkel, kursus dan juga seminar yang dianjurkan oleh Pusat Kaunseling, boleh dilayar melalui laman ini. Adalah
diharapkan laman web ini mampu menberi satu lagi dimensi ke arah perkhidmatan yang lebih profesional. Kepada semua yang menjayakan laman web ini,
syabas dan tahniah serta kepada pelayar laman web ini terima kasih diucapkan .

Semoga dengan adanya maklumat yang pantas,tetap dan lengkap ini , Pusat Kaunseling, HEP, Universiti Utara Malaysia berkeupayaan untuk terus
mengungguli dalam gerbang informasi Kaunseling, selaras perkembangan teknologi multimedia di institusi pengajian tinggi.




MUHAMMAD SALLEH AHMAD FADZILLAH
Pengarah
Pusat Kaunseling
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Utara Malaysia