Menutama

Ke Arah Pemantapan Perkhidmatan Kaunseling Dan Kerjaya Dalam Era ICT

 
Menu Utama
Laman Utama
Carta Organisasi
Sekapur Sirih
AJK (MAKKUMA) IPTA
Aktiviti
Koleksi Artikel
Koleksi Mutiara Kata
Cadangan Undian Pendapat
Untuk Ahli Sahaja
Login
Forum
Hantar artikel
Hantar Mutiara Kata
E-Kaunseling
poll.htm
Undian Pendapat
Kaunseling telah memberi perubahan kepada diri saya
Ya
Tidak


[ Undian Lain ]

Jumlah Undian 2178
PENGENALAN

  • Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-Universiti Malaysia (MAKUMA) telah ditubuhkan pada 29 Februari 2003. Kertas kerja cadangan penubuhan Majlis ini telah dikemukakan untuk kelulusan dalam mesyuarat Sekretariat TTNC/TR (HEP) di Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM).

    Dalam mesyuarat cadangan penubuhan MAKUMA yang di adakan pada 2 November 2002 di Hotel City Bay View Langkawi, wakil-wakil daripada IPTA yang hadir bersetuju mencadangkan agar usul penubuhan MAKUMA di bentangkan dalam mesyuarat Sekretariat TTNC/TR (HEP) oleh Timbalan Naib Canselor HEP Universiti Utara Malaysia (UUM). Dalam mesyuarat 29 Februari 2003, Y.Bhg. Prof Madya Dr. Mohamed Mustafa bin Ishak (TTNC HEP) UUM telah dilantik sebagai pengerusi MAKUMA yang pertama. Bermula pada 1 Ogos 2004, UiTM telah dilantik pula sebagai Sekretariat MAKUMA yang ke-2 dalam mesyuarat TTNC/TR(HEP) di UMS sehingga 2006.

  • STRUKTUR ORGANISASI

  • MAKUMA dipengerusikan oleh salah seorang TNC/TR (HEP) yang dipilih dalam mesyuarat Sekretariat TTNC/TR (HEP) secara bergilir-gilir. Setiausaha bagi Majlis ini dipertanggungjawabkan kepada IPTA yang menjadi pengerusi. Ahli-ahli jawatankuasa MAKUMA terdiri daripada wakil setiap IPTA.

  • VISI

  • “Memperkasakan perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya ke arah melahirkan graduan yang berketrampilan dan berdaya saing dalam pasaran global”

  • MISI

  • “Menyeragamkan dan menyelaras dasar, kepakaran, idea, kaedah dan aktiviti Kaunseling dan Kerjaya secara berperingkat-peringkat di IPTA”.

  • OBJEKTIF

  • Menyediakan garis panduan pelaksanaan perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya yang standard di IPTA.

    Menyelaras perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya secara bersepadu untuk memenuhi keperluan mahasiswa mengikut perkembangan semasa dan terkini yang boleh digunapakai di IPTA.

    Memantapkan kemahiran dan kepakaran kaunselor melalui perkongsian pintar ke arah membantu meningkatkan kecemerlangan mahasiswa.

  • Anda pengunjung ke 30340 sejak 03 Apr 2008
    cdg.htm
    Cadang kepada kawan anda